26 feb 2007 (Isnin)
hari pertama mesyuarat rangkaian antarabangsa asia pasifik yang ke-3. berlangsung di hotel legend. Aku dapat berada di dalam mesyuarat tanpa sebarang masalah untuk mendengar keseluruhan mesyuarat dan isi2 mesyuarat. Kepercayaan dilantik sebagai juru lapor di peringkat mesyuarat ini tidak aku sia2kan. Sedaya upaya aku mendengar dan cuba memahami apa yang dibincangkan. (tak mudah untuk kita dapat duduk dalam mesyuarat2 seperti ini... aku diingatkan oleh rakan2..)
Sesi hari ini, masing2 membentangkan keupayaan dan pembangunan rangkaian di negara masing2. ada 19 negara semuanya.
Selesai jam 5.40 petang, aku pulang ke rumah selepas rom hantar. Dia ke opis. Lepak kat sana.
Jam 7.10 aku ambil rom di opis n dia drive ke hotel legend semula. Masa nak kuar opis, mama call aku dan kami ketawa2. dari jauh aku dengar suara abah menyampuk2 perbualan kami. Aku ketawa dan terpaksa bagitahu mama kami dah nak pegi. Perbualan masti takat tu jer. Kami ada dinner malam nie.
Dan dalam 9.15 pagi abah ada sms aku. minta maaf kerana lupa bagi duit beli tiket air asia untuk dia dan kawan2 nya ke jakarta bulan mei nanti. Seingat aku, aku hanya membalas pendek. “its ok. Tek pe bah”. Itu sahaja.
Jam 8.30 kami telah berada di pan pasific hotel. (dkt ngan the mall tu). Ada makan malam bersama2 delegasi dan KSU kementerian kami. Entah mengapa, hati macam tak selesa jer. Nampak MS dan AR juga membuatkan hati rasa macam nak balik... tiba2 sahaja perasaan sedih dan pilu melanda hati ini hingga aku rasa nak balik. Sms rom n call dia di meja sana. Jawapannya, “tunggu lagi satu hidangan”. Terpaksa menunggu hidangan ke2 tiba. Sedang asyik menikmati ayam tanpa tulang tu, rom muncul di sebelah aku dan mengajak pulang. Menyangkakan dia bergurau, aku hanya ketawa. Dia serius. Jadi apa lagi, tanpa tunggu habis makanan di pinggan, aku cabut balik. Minta izin dari rakan2 semeja dan terus kuar dewan.
Keluar dewan, ms berada di luar. Bertanyakan ke mana aku nak pergi. Dia tak percaya bila aku kata aku nak balik hinggalah rom muncul beberapa minit selepas itu di belakang aku dan mengajak aku bergerak. dia macam orang hilang arah, mengikuti kami berdua keluar dari hotel dan terus berjalan mengekori kami melintas jalan. Aku bertanyakan dia “ko nie kenapa? Nak gi mana?” dia senyap dan terus mengikut kami hingga ke the mall. Merayu agar kami minum2 dulu sebelum balik. Rom heran. Mengapa pelik sangat mamat nie mangajak beriya2. hingga rom bertanya pada dia. “ ko nie kenapa? Ko ada benda nak cerita ngan ima ker?” dia hanya tersengih... 3 kedai kami round tapi tutup. Kecewa, dia terpaksa melepaskan aku dan rom pulang. Entah mengapa, gelabahnya berlainan melepaskan aku.
Di legend, ke level 9, cop parking dan terus ke tingkat 5. Aku hantar rom hinga ke lobi opis, menelefonnya untuk memastikan dia selamat kuar dari parking dan terus pulang ke rumah. Sampai di rumah, solat isya’, bersiap untuk tidur. Tapi sayang, mata ini hanya pejam buat seketika sahaja. Jam 11.30 terjaga dan terus tidak mau tidur2 lagi. Tgk tv, sambil2 tu kutip semua kain baju yang tersangkut di hanger, letak atas katil n lipat satu persatu hingga selesai. Jam dah pukul 2.30. tgk la siaran ulangan kl red carpet. (tiada minat nak ulas setakat nie.) then rasa2 macam nak sms mama. Nak bagitahu yang aku juga tgk red carpet seperti yang diceritakannya petang tadi. (masa aku nak gi dinner).
Tapi mesti dia dah tidur. So niat aku matikan begitu saja.
Jam 2.55 pagi (27 Feb 2007) mama call.
Suara tangisan mama jelas kedengaran di telinga aku. “ dikkk... abah dah tak ada..balik lah. Ambik abang ya...” itu ayat mama.
Aku terpegun seketika. Abah? Tak ada? Abah pegi mana pulak? Tiada sebarang reaksi dari aku. aku mengharapkan bahawa berita yang mama bawa tidak benar semata2. mama silap. So aku dengan perasaan yang kosong, amik beg ikea yang besar tu, campak baju selai, baju kurung sepasang, bedak 2,3 barang dan terus kuar bilik. Aku berkata dalam hati. (alaaa..balik kejap je ni. Nanti leh balik sini balik...) so aku amik barang kira selai sepinggang jer.
Kuar pintu bilik aku, kakak2 tu terjaga dari tidur dan memandang aku kehairanan. “emma nak pegi mana?” aku menjawab blurr.
“Entah lah akak, saya nak balik kampung. mama call tadi bagitahu yang abah dah tak ada. Entah betul atau tak...saya balik kampung dulu ya akak!”
mereka mengangguk lalu menasihati aku agar memandu berhati2. tiada setitik air mata pun yang gugur kala ini.
Hidupkan injin keta, drive menuju ke bulatan pahang, dan memasuki klsentral untuk ambil jalan ke bangsar. Aku perlu ke shah alam untuk amik abang. Sebelum itu aku masih belum menangis. No. Mama aku dial sekali lagi.
Panggilan berjawab. Tapi suara lelaki pulak.
“hello, assalamualaikum” kataku.
Salam dijawab. Siapa nie? Dia bertanya
“adik nie, mama mana?”
“dah tau kan?” dia bertanya lagi.. membiarkan soalan aku tak berjawab... tergantung tanpa jawapan.
“betul ke abah dah tak ada?”
“ya betul, sabar ya, bawa kereta jangan laju2. bertenang ya... drive baik2.” katanya sebak.
Ya Allah... abahhhh....
Air mata tanpa dibendung lagi... mengalir bagai empangan yang pecah. Abah...! (alangkah bagusnya jika ini hanya satu mimpi...)
Aku call abang adi. Mangkuk betul yang sekor nie. Tak pernah on kan handset waktu malam. Pentingkan diri sungguh. Pentingkan tidur dari gangguan. Dah jadi macam nie baru padan muka. Menyusahkan orang pulak. Jantan apa tak leh drive. Aku adik perempuan yang drive amik dia dalam susah payah. Hantu tul. Hati sempat menyumpah abang yang seorang! Geram!
Highway persekutuan lenggang pada jam 3 pagi itu. Kelajuan kereta mencecah 150km/j. Dengan keta aku yang hanya 1.3, kelajuan ini aku rasakan macam tahap maksima.
Sampai seksyen 7, berlari2 mendaki tingkat 5 tanpa memakai kasut. Dipendekkan cerita, kami berdua terus pulang ke umah abah dan mama.
Dalam perjalanan di Kapar kami ditahan polis kerana aku bawa keta terlalu laju. Alhamdulillah, kami dilepaskan setelah abang memberikan keterangan ayahnda meninggal dunia. Dan polis2 itu juga lihat aku dalam keadaan berjuraiaan air mata. Terima kasih atas pelepasan itu.
Dalam perjalanan, kami call handset mana coz nak tanya abah di mana. Mereka kata abah di hospital tanjung karang.
Alhamdulillah, sepasang kaki dan tangan ini masih dapat berfungsi dengan baik. Masih boleh memandu dengan baik. Terima kasih Ya Allah. Aku amat bersyukur dengan ketentuanMu.
Memasuki perkarangan hospital tanjung karang, seperti ada satu majlis. Ramai orang berhimpun di perkarangan hospital. Tunggu siapa agaknya. Fikir hati kecil aku. abang turun dahulu diikuti aku. kunci kereta dan bergegas ke pintu masuk wad kecemasan. Jam seingat2 aku dah pukul 4.10 pagi.
Aku disambut oleh 3 orang perempuan yang menyalami aku dan menyuruh aku bersabar dan bertenang. Aku diurut2 olehnya dan memimpin aku menuju ke dalam. Yang lelaki pula menyambut abang.
Tiba di satu tabir, tabir itu diselak, terbaring satu tubuh yang diselimuti selimut putih... terkujur kaku. Abah kah itu?
Abahhhhh... adik datang bah... benarkah abah yang terbaring ini? Aku harap mereka semua tipu. Hati kecil aku merintih.
Aku amat kecewa dan hati aku remuk bila aku sendiri yang membuka selimut putih yang menutupi sekujur tubuh abah.... abahhhh... aku cium wajah abahhhh...
Bukankah abah baru sms adik pagi tadi? Bukankah abah baru menyampuk percakapan adik dan mama jam 7.15 petang tadi sebelum adik gi dinner? Kenapa abah terbaring kat sini? Abah... bangunlah bah...
itu semua monolog dalaman aku. tidak terzahir walau sedikit pun.
Orang lihat aku tabah. Orang lihat aku anak Hj. Manaf yang kuat. Orang tak nampak dalam aku. orang tak tahu yang aku adalah permata hati abah dan aku adalah segala-galanya bagi abah. Dan abah juga adalah segala2nya bagi aku. dalam dunia nie ada 2 orang lelaki sahaja yang menyayangi aku hingga sanggup mempertaruhkan jiwa dan raganya untuk aku. 1. atuk aku dan ke2 abah. Orang tak nampak betapa remuk dan hancurnya hati aku.
Kini abah tiada lagi. Aku tak punya abah lagi.
Bulan Februari adalah bulan kesayangan aku. dan dalam bulan ini juga abah meninggalkan kami bertiga. Subhanallah... Alhamdulillah... Allahhuakbar...!
Aku, mama dan abang menaiki van jenazah mengiringi abah ke kampung. Sepanjang perjalanan, kaki abah aku pegang. Mama di bahagian kepala dan abang di bahagian pinggang abah. Kami bertiga menaiki kenderaan yang sama. Berempat. Jika sebulan yang lalu, kami berempat begitu gembira menaiki kereta buggy di berjaya langkawi, berempat dalam satu kereta kabel menikmati keindahan di gunung mat chinchang. Kini bulan yang berikutnya, sekali lagi sejarah berulang. Cuma kenderaan yang berlainan dan situasi yang amat2 berbeza.
Kami tiba di kampung dalam jam 5.30 pagi. Apa khabar opah agaknya? Aku agak dia akan meraung menangisi kematian anak kesayangannya.
Sangkaan aku meleset. Jauh tersasar. Opah tenang. Berjalan sambil dipapah. Melihat anaknya yang dibaringkan di ruang yang lapang. Opah memangis sekadar menangis orang2 yang tabah aku lihat.
Mama..
Mama aku lemah. Jiwa dan mentalnya lemah. Di hospital, mama pengsan bila dapat tahu abah meninggal. Masa aku tiba, mama tak boleh berjalan. Mama duduk atas kerusi roda. Mama tak mampu berjalan. Kaki mama lemah bila dapat tahu perpisahan yang abadi antara dirinya dengan abah. Kesian mama....
Mama pengsan lagi ketika abah dikafankan. Aku tak dapat lihat abah. Aku uruskan mama. Aku sedih lihat mama macam tu. Kenapa mama jadi begini? 2,3 kali juga mama hilang ke dunianya sendiri.
Aku marah juga pada mama. Mama lemah sangat. Mama tak kesian pada abah! aku takut kehilangan mama pula sebenarnya.
Saat abah dibawa ke masjid untuk disembahyangkan, aku tidak lihat langsung. Kelibat van juga aku tidak lihat. Aku sibuk uruskan mama.
Saat abang call dari tanah perkuburan menyatakan abah dah nak disemadikan, mama bingkas cuba mahu bangun...
Mama mahu lihat abah.
“adikkk... bawa mama dik.. mama nak tengok abahhhh...” itu rayu mama.
Kereta aku tidak ada kuncinya. Kereta pakcik2 aku juga tiada. Tapi Allah maha pengasih dan penyayang. Saat2 kami memerlukan kereta, 3 kereta dipelawa untuk membawa kami pergi ke tanah perkuburan.
Aku ambil keputusan. Aku mahu bawa mama naik keta abah.
Saat kereta abah memasuki perkarangan umah opah, mama mula hilang kawalan lagi. Tanggisannya mula lagi. “itu kereta abahhh dikkk..!” esak tangisnya seperti anak2 bila melihat kereta ayahnya. Begitulah mama. Alangkah belasnya hati ini.
“ mama!... mama jangan macam nie. Mama janji jangan nangis. Kalau mama macam nie, kita tak yah tengok abah. Dah. Kita masuk dalam...” ugut aku. (maafkan aku mama kerana berkasar)
“mama janji jangan nagis kat sana tau. Kalau mama nangis adik tak leh bawa mama..” aku berkata lagi sambil memeluk mama.
Mama hanya mengangguk2 faham.
“betul nie ma..? mama janji?” Aku terpaksa bertanya lagi kerana aku tak mahu mama menyusahkan orang kat tanah perkuburan.
Dengan yakin mama mengangguk2..
Aku papah mama memasuki kereta abah. Hakikatnya, aku juga tak mampu melangkahkan kaki. Tapi aku terpaksa berpura2 kuat demi mama. Hati siapa tak hancur jika menaiki kereta abah yang dipandu oleh orang lain untuk menuju ke tanah perkuburan di mana jasad abah akan disemadikan.. Jika tidak, abah yang memandu. Ya Tuhan... kuatkan kami...
Kawan abah memandu kami ke tanah perkuburan. Kami lihat orang rami sangat2 di situ. Aku tak mau bagi mama turun. Cukuplah kami lihat dari kejauhan. Rumah baru abah tepi jalan sahaja. Dekat sangat dengan pintu pagar tanah perkuburan. Alhamdulillah. Aku peluk mama dalam kereta. Kami tinggal berdua sahaja di situ. 3 orang pengiring kami pergi dekat ngan kubur abah.
Benar kata gurauaan abah. “rumah abah nanti kat sg tawar tu lah...” rupa2nya jadi kenyataan sungguh. Tak sempat dia melihat rumahnya sendiri.... Subhanallah.
Aku tak tahu nak ceritakan perasaan aku waktu itu. Aku hanya mampu memujuk mama, memeluknya dan terus memujuknya. Ramai sungguh orang di tanah perkuburan. Seolah2 ada suatu majlis keramaian. Tua muda, lelaki perempuan, berpusu2 menuju ke tanah perkuburan. Alhamdulillah...
Abah orang baik. Aku masih ingat kata2 yang aku tujukan buat abah semasa hari lahirnya beberapa tahun yang lepas. Makcik aku pula kata abah baik macam malaikat. Entah, sepanjang aku menjadi anaknya, tak sekali pun hati aku terguris kerananya. (hmmm.. buat masa nie aku tak nak ulas tentang kebaikkannya.... biarlah...
Al-FATIHAH...
7 hari selepas abah meninggal dunia.
Aku...
Mama...
Aku kena uruskan mama. Siapa lagi yang mama ada selain aku?
Aku?
Akan akan mohon bertukar ke tempat asalku. Seperti yang pernah arwah abah suarakan pada aku suatu masa dulu. Hajatnya mahukan aku bertugas di negeri kelahirannya. Dia mahu aku jaga opah dan sentiasa dekat dengannya. Hmmmm... Insyaallah bah, adik akan mohon untuk bertukar ke tempat yang pernah abah suarakan. Adik akan jaga mama. Insyaallah bah.
Terpaksa? (ya.. mungkin. Dalam perancangan seorang AKU, aku masih ingin menimba sebanyak2 pengalaman di HQ. Lagi pulak, peluang aku cerah di sana. Setiap kali jabatan aku anjurkan apa2 kebanyakkan muka aku akan tersengih kat situ. Tiap kali ada talk kepada budak2 baru, aku menjadi salah satu penceramahnya. Dan aku yakin, jika lama2 berada di sana, peluang aku akan semakin cerah.)
Namun, demi mama, demi arwah abah, aku terpaksa korbankan kehidupan seorang AKU di kota metropolitan itu!. Aku redha dan aku pasrah. Ya Allah, permudahkanlah urusan pertukaran aku. aku ingin menjaga mama dan tak mungkin akan biarakan dia keseorangan dan kesepian. Insyaallah.
Kami? (aku dan mama)
Terpaksa berkemas dalam tempoh yang singkat. Kami terpaksa kuar dari umah yang telah kami diami ini. Abah bukan lagi pengurus di sini. Pengurus telah meninggal dunia. Pengurus baru harus dilantik bagi menerajui operasi kilang. Sampai bila mereka mahu menunggu? Keuntungan syarikat adalah pokok persoalan utama dari belas ihsan.
Rumah ini?
Harus dikosongkan dalam kadar segera. Aku malu duduk di sini. Kami tiada hak lagi di sini. Bila2 masa orang boleh halau kami dari sini.
Aku?
Posted at 08:13 am by amylia7
Permalink